Malaysia diiktiraf dalam mengamalkan sifat toleransi dalam beragama. Kekaguman banyak pihak atas sifat dan persefahaman ini membawa kepada wujudnya pelancongan budaya dalam kalangan warga asing. Jelas keharmonian antara agama merupakan suatu perkara yang unik di Negara bertuah ini.
Konsep
”Satu Malaysia” yang telah diilhamkan oleh Perdana Menteri, Dato Sri
Mohd. Najib Tun Razak pada tahun 2009 amat bertepatan ketika rakyat di Negara sedang merayakan ulang
tahun kemerdekaan kali ke-52 selaras dengan visi kerajaan pimpinan Perrdana
Mentreri yang menjurus ke arah matlamat baru iaitu, "rakyat didahulukan dan
pencapaian diutamakan." (People first, achievement now).
Di Sabah, rakyat sudah menikmati kemerdekaan kurang daripada 52 tahun kerana Sabah
merdeka pada 16 September 1963, namun melalui konsep yang diilhamkan oleh
Najib menggambarkan Sabah yang mempunyai lebih daripada 30 etnik sudah lama
menempah hidup dalam suasana aman damai setelah terlepas dari cengkaman
penjajah Inggeris.
Ramai yang
berpendapat bahawa konsep kesatuan itu sebenarnya sudah wujud di Sabah sejak
sekian lama, ini disebabkan penduduk di Sabah adalah terdiri daripada rakyat
yang mempunyai pertalian hubungan persaudaraan dalam kalangan beberapa suku
kaum.
Di Sabah
suku kaum terbanyak ialah Kadazandusun. Pada tahun 1970, suku kaum ini
merupakan 28.2% daripada jumlah penduduk Sabah. Ketika itu masyarakat
Kadazandusun ramai tinggal di kawasan Pedalaman dan kini ramai sudah
berhijrah ke kawasan lain. Semantara masyarakat Murut pula ramai yang menetap
di Pedalaman sehingga ke kawasan sempadan Kalimantan.
Di kawasan
Pedalaman juga terdapat suku kaum Lundayeh yang dahulunya sehingga sekarang
ramai tinggal di kawasan hulu Sungai Mengalong dalam daerah Sipitang.
Himpunan suku kaum itu juga kini sudah bertaburan di merata tempat di Sabah.
Masyarakat
tempatan seperti Murut, Rungus, Dusun Tatana, Dusun Lotud, Bonggi dan
lain-lain adalah dikatakan menjadi rumpun Kadazandusun.
Bajau pula
adalah masayarakat yang menghimpunkan beberapa serpihan suku bangsa seperti
Iranun, Suluk, Ubian dan lain-lain lagi yang ramai tinggal di pesisir pantai
dan di tebing-tebing sungai. Mayarakat Bajau yang keseluruhannya beragama
Islam dikatakan antara penduduk yang terbanyak di Sabah. Suku kaum ini juga
terdapat di seluruh negara.
Terdapat
juga suku-suku bangsa yang lain seperti Kedayan, Orang Sungai, Iranun,
Tidong, Bisaya, Brunei dan lain-lain lagi. Masyarakat Brunei sudah mula
menetap di Pantai Barat Sabah sejak wilayah tersebut di bawah takluk jajahan
Kesultanan Brunei pada zaman dahulu.
Syarikat-syarikat
tembakau dan getah yang dipelopori oleh syarikat berpiagam British pada 1880-an
telah mendatangkan masyarakat Cina Hakka, Kanton, Hokkien dan Teochew sebagai
buruh di syarikat-syarikat berkenaan. Selepas Perang Dunia ke-2, penghijrahan
masyarakat Cina ke Sabah semakin bertambah dan sejak itulah masyarakat Cina
di Sabah dikatakan yang kedua terbanyak selepas Kadazandusun.
Sejak
selepas Perang Dunia Pertama orang Jawa dari Indonesia sudah mula berhijrah
ke Sabah. Sejak 1911 kedatangan masyarakat dari Indonesia selain Jawa semakin
ramai berhijrah ke Sabah.
Kedatangan
masyarakat lain dari Semenjung, Sarawak, Brunei, Indonesia, Fillipina, Eropah
dan lain-lain negara ke Sabah semacam tidak dapat dielakkan, tambahan pula
kalau mereka datang mengikut saluran yang betul.
Sikap
toleransi antara pelbagai kaum di Sabah mula terjalin melalui sistem “tamu” yang wujud sejak Sabah diperintah oleh Inggeris lagi.
Semua kaum akan berkumpul di tamu yang sering diadakan di pekan-pekan yang
berhampiran. Sistem tamu telah dapat menanam rasa harmoni dan persefahaman
antara kaum dan ia berlarutan sehingga sekarang walaupun kesan ideologi
politik telah menodai konsep yang terjalin buat sekian lama.
Di
Semenanjung, penduduk asalnya ialah Melayu yang mempunyai beberapa cabang
suku etnik dan kebanjiran pelbagai etnik sudah mula sejak 3,000 sebelum Masihi
lagi. Kemunculan Asia Tenggara terutama sekali Melaka sebagai pusat dagangan
utama di Semenanjung pada kurun ke-15 menyebabkan kebanjiran etnik lain
datang ke sana dan menetap bersama-sama penduduk tempatan dan mereka kini
berstatus orang Malaysia.
Walaupun
Semenanjung Malaysia sudah mempunyai pelbagai etnik seperti Jakun, Temuan,
Semelai namun orang Melayu mengikut sejarahnya telah mula menetap di sana
sejak lebih daripada 5,000 tahun dahulu. Apabila iklim perdagangan kian
rancak kedatangan pedagang yang berbilang bangsa juga kian rancak ke
Semenanjung.
Pendatang
seperti Cina dan India sudah lama berlaku. Orang Cina mula berhijrah ke
Semenanjung sejak kurun ke-19 dan berkerja di lombong-lombong bijih timah,
sementara kedatangan masyarakat Tamil India juga berlaku pada kurun ke-19
kebanyakkannya di bawah masuk atas perjanjian koloni Inggeris dan Belanda
untuk dijadikan buruh binaan seperti mmbuat jalan raya dan jambatan dan suku
kaum ini juga berkerja di ladang tebu, teh, kopi dan getah.
Di Sarawak
masyarakat peribuminya terdiri daripada Iban, Melanau, Kayan, Kenyah,
sementara lain-lainnya terdiri dairpada Bidayu, Kelabit, Murut, Punan,
Bisaya, Kedayan, Brunei, Melayu dan lain-lain.
Pembangunan
komposisi masyarakat di Sarawak juga terjadi ekoran aktiviti perdagangan dan
perniagaan serta perladangan.
Masyarakat
Cina Hakka berhijrah ke Sarawak berlaku pada kurun ke-19 setelah pemerintahan
Sarawak diambil alih oleh James Brooke. Bilangan besar masyarakat Cina yang
datang ke Sarawak berasal dari Sambas dan masyarakat ini menjalankan
perusahaan perlombongan emas. Etnik Hokkien datang ke Kuching sekitar tahun
1980-an. Sekitar tahun 1857, jumlah masyarakat Cina di Sarawak sudah mencecah lebih kurang 4,000 orang.
Rakyat
Malaysia semakin bertambah bilangannya, suku kaumnya juga banyak. Dari sudut
lain pengaruh setengah-setengah etnik masih mengambil tempat di kalangan
masyarakat. Para pejuang etnik masih lagi berusaha untuk menonjolkan etnik
masing-masing di mata masyarakat. Ia dilihat semacam ada persaingan antara
etnik, ada juga etnik yang terpingir dan terasing serta ada etnik yang begitu
menonjol sekali sehingga ia dikenali sebagai simbol dan identiti kebangsaan.
Pun begitu
kini konsep “Satu Malaysia”
diperkenalkan ia mempunyai dasar rakyat tetap didahulukan dan pencapaian pula
perlu akan diutamakan. Kita yakin melalui konsep ini semua rakyat akan dilayan sama rata dengan tidak
mengira enik dan status.
Konsep Satu
Malaysia adalah dasar baru
kerajaan di peringkat nasional yang meliputi negeri-negeri di Semenanjung,
Sarawak dan Sabah termasuklah Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan yang akan
mencorakkan prespektif seluruh masyarakat.
Konsep
Satu Malaysia amat menarik
walaupun pengertiannya dalam kalangan rakyat biasa masih kabur. Rakyat percaya para pemimpin
di peringkat nasional dan negeri akan memainkan peranan untuk menyalurkan
maksud yang tersirat dan tersurat kepada semua peringkat penduduk melalui
pelbagai bentuk aktiviti harian.
Satu Malaysia adalah resepi yang ideal untuk semua
rakyat Malaysia. Semangat kebangsaan dalam bentuk kesepakatan budaya, kesamarataan hak, toleransi
beragama, kebebasan bersuara, hak asasi manusia, setiakawan antara semua kaum
amat diharapkan akan menjadi realisasi bagi mencapai matlamat Satu Malaysia.
Perpaduan
merupakan matlamat penting bagi negara seperti Malaysia yang boleh menjamin
kesejahteraan hidup rakyat yang terdiri daripada pelbagai keturunan dan
kepercayaan agama. Perlembagaan Persekutuanpun telahpun menjelaskan matlamat
sebenar.
Satu
proses yang menyatupadukan anggota-anggota masyarakat dan negara seluruhnya
melalui ideologi negara supaya tiap-tiap anggota masyarakat dapat membentuk
satu identiti dan nilai bersama serta perasaan kebangsaan bersama di kalangan
mereka (rakyat) Petikan dari buku
Negara Kita.
Matlamat
ini dipercayai akan tercapai dengan mengamalkan konsep dalam Rukun Negara
itu.
- Kepercayaan
kepada Tuhan
- Kesetiaan
kepada Raja dan Negara
- Keluhuran
Perlembagaan
- Kedaulatan
Undang-undang dan
- Kesopanan
dan Kesusilaan
Lagu
kebangsaan Negara Ku juga sebagai petunjuk kepada naluri dan perasaan serta
semangat rakyat yang menetap di negara Malaysia yang berperlembagaan dan
berparlimen.
|
No comments:
Post a Comment